KRW FC belasah Kelantan WTS 6-0

Iklan
Emmanual Mbraga cuba merampas bola dari kawalan pemain Kelantan WTS pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat. Foto: KRW FC

KELANTAN Red Warriors FC (KRW) meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Kelantan WTS 6-0 pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Ia sekali gus menobatkan KRW FC sebagai 'jaguh' di serambi Makkah.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan itu, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal perlawat pada minit kedua menerusi Emmanual Mbraga.

Mbraga terus menjadi duri dalam daging buat Kelantan WTS apabila Wan Muhammad Fazli Ghazali meledak gol kedua KRW FC selepas memanfaatkan hantaran penyerang import kelahiran Cameroon.

Iklan

Pelawat terus tertekan selepas itu apabila Iskandar Shah menjaringkan gol ketiga KRW FC pada minit ke-18.

Mohd Faiz Nasir menutup babak pertama perlawanan dengan gol keempat pada minit ke-45.

Iklan

Bersambung babak kedua, KRW FC terus berpesta apabila Mbraga meledakan jaringan kelima pada minit ke-59.

KRW FC terus berpesta apabila menambah derita tuan rumah menerusi gol keenam pada minit ke-68 menerusi jaringan kedua Iskandar Shah

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan KRW FC terus memperbaiki kedudukan dalam carta liga