Tujuh laluan utama di Terengganu ditutup sepenuhnya akibat banjir

Iklan
Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur-Bukit Payong di Marang, Terengganu ditutup kepada semua jenis kenderaan.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak tujuh laluan utama di tiga daerah iaitu Setiu, Kemaman dan Marang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula Khamis hingga pagi Jumaat susulan paras air yang terus meningkat di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan selepas air banjir melimpah ke permukaan jalan.

Iklan
Iklan

Di Setiu, tiga laluan yang ditutup ialah Jalan Permaisuri–Ulu Seladang, Jalan Kampung Bukit/Alur Lik, dan Jalan Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan.

Sementara itu di Kemaman, penutupan membabitkan Jambatan Lama Teladas, Jalan Pelatoh–Lubuk Lesong, serta laluan Lubuk Lesong.

Iklan

Situasi di Marang turut dilaporkan kritikal apabila Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)–Bukit Payong ditutup, dengan JKR memaklumkan trend paras air di kawasan tersebut masih menunjukkan peningkatan.

​Selain penutupan penuh, lapan lagi laluan di empat daerah iaitu Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman ditutup kepada kenderaan ringan.

Iklan

Di Kuala Terengganu, jalan yang terjejas ialah Jalan KT Bypass–Durian Burung dan Jalan Bukit Payung–Pengadang Buloh–Cendering, manakala di Setiu melibatkan Jalan Pengkalan Merbau–Pelong.

​Di Hulu Terengganu melibatkan laluan utama Felda Mengkawang-Tersat, Jalan Utama Bukit Diman-Tersat dan Jalan Pelam/Bukit Lawang, manakala di Kemaman, Jalan Payoh-Kemasik serta Kertih 5-Batu Putih-Kertih ditutup kepada kenderaan ringan.

​Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan awal dan membuat semakan maklumat terkini mengenai penutupan jalan dan laluan alternatif yang boleh didapati di laman web rasmi JKR.