Hujan berterusan landa Sabah

Iklan
Menjelang hari mengundi tidak sampai 24 jam, Sabah dilanda hujan berterusan khususnya di kawasan pantai barat Sabah. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Menjelang hari mengundi tidak sampai 24 jam, Sabah dilanda hujan berterusan khususnya di kawasan pantai barat Sabah, sejak awal pagi, Jumaat.

Tinjauan di Kota Kinabalu, hujan berterusan masih berlaku setakat jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan beberapa kempen calon terpaksa ditangguhkan akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sementara itu, berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), pada Jumaat, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Kuala Penyu, Beufort, Penampang, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran dan Kota Belud.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan, kawasan Tawau, Kunak, Kudat dan Semporna turut dilanda ribut sehingga jam 1 tengah hari.