Lelaki maut langgar pokok tumbang
Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
JASIN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap, di sini pada Jumaat.
Komander Operasi, PBK I (TBK I) Abdul Razak Taat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi.
Iklan
Iklan
“Sebaik tiba, didapati seorang lelaki berusia 49 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha NMAX telah melanggar pokok tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Iklan
Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok bagi memastikan laluan selamat dan tidak menghalang trafik.
Operasi disertai lapan anggota bomba dengan bantuan empat petugas KKM serta dua anggota polis.
Iklan
Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 7.49 pagi dan tiada masalah operasi dilaporkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>