Banjir: Penduduk Pahang dinasihatkan peka, patuhi arahan pihak berkuasa - MB

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN – Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di seluruh Pahang dinasihatkan peka dan cakna dengan maklumat dan keadaan cuaca terkini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menyeru semua penduduk agar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

"Semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT dan terhindar daripada segala musibah dan bencana," katanya menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong sehingga Sabtu.

Iklan

Amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka akan berlaku di Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin dalam tempoh sama.

Susulan hujan lebat itu, sebanyak 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri, menempatkan 486 mangsa daripada 160 keluarga. 

Iklan

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebelum ini, sebanyak 41 keluarga (109 mangsa) ditempatkan di sembilan PPS setakat jam 10 malam Khamis dan menunjukkan jumlah mangsa terus meningkat.