SARA ditambah selepas PRN Sabah - Anwar

Iklan
Anwar (empat dari kiri) ketika hadir pada Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis malam.

KOTA KINABALU - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditambah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini beliau belajar tentang SARA daripada seorang wanita di Sulaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita itu pernah mendoakannya menjadi Perdana Menteri sejak beberapa dekad lalu.

"Dari mana saya belajar bukan daripada ahli Parlimen, bukan daripada timbalan menteri atau menteri. Saya belajar daripada kakak kampung Sulaman itu. Kerana dia cakap dari hati. Saya tengok mata dia. Ia menyentuh hati saya," katanya ketika berucap sempena Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu, pada Khamis malam.

Iklan

Menurutnya, diisebabkan itu dia mewujudkan SARA demi rakyat.

Dalam pada itu, ketika berinteraksi dengan orang ramai, Anwar sempat bertanya mengenai penerimaan dan keinginan mereka terhadap bantuan SARA.

Iklan

"Ada dapat tunai Rahmah? Gembira dapat tunai Rahmah? Ada dapat SARA? Mau lagi SARA? Tambah lagi? Lepas pilihan raya," katanya.

Anwar berkata, pihaknya akan menambah jumlah SARA selepas PRN Sabah.