Remaja perempuan 15 tahun maut, jatuh tingkat 24 rumah inap

Iklan
Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka. Gambar hiasan

MELAKA - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini pada petang Khamis.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan oleh pekerja keselamatan bangunan sekitar jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Difahamkan remaja berkenaan datang bercuti ke Melaka bersama ibu bapanya sejak minggu lalu dan menginap di rumah inap itu.

Sumber memaklumkan, bapa mangsa menyedari anaknya tidak pulang ke unit penginapan selepas diminta turun mengambil pesanan makanan kira-kira jam 1.30 petang.

Iklan

“Selepas lebih 20 minit menunggu, lelaki itu turun untuk mencari anaknya kerana panggilan telefon tidak dijawab. Dia kemudian dimaklumkan bahawa kad akses unit itu ditemui di tingkat 24.

“Saksi keselamatan kemudian membawa bapa mangsa ke lokasi penemuan kad akses berkenaan dan mendapati remaja itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Iklan

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.