SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari pada Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi itu dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer dengan jarak 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia.