Ringgit dibuka tinggi didorong prestasi lemah dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar dana AS - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan prestasi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjejaki Indeks Dolar AS, yang kekal di bawah paras 100 mata.
Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1255/1395 berbanding dolar AS 4.1360/1385 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan Kadar Dana Persekutuan AS (Federal Funds Rate) pada Disember terus menjejaskan nilai dolar.
"Perbincangan mengenai calon pengerusi Rizab Persekutuan AS 2026 juga kelihatan menyokong naratif mengenai penurunan kadar. Justeru itu, ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.12 hingga RM4.13 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Ketika dagangan dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.6405/6496 daripada 2.6438/6456 ketika ditutup pada Rabu, namun susut berbanding pound British kepada 5.4638/4824 daripada 5.4492/4525, dan sedikit rendah berbanding euro kepada 4.7864/8026 daripada 4.7862/7891.
Iklan
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1823/1933 daripada 3.1847/1869 pada Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8022/8556 daripada 12.8308/8433.
Mata wang tempatan itu juga mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.5/248.5 daripada 248.2/248.4 dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 7.01/7.03 daripada 7.02/7.03 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>