KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.26 dan RM2.63 seliter bagi tempoh 27 November hingga 3 Disember ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan 2 sen kepada RM3.08 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.