SEREMBAN - Tindakan dua lelaki yang menipu dengan menggunakan gelaran Datuk palsu terbongkar apabila mereka ditahan polis pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dua suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 34 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di daerah ini.
Iklan
Iklan
"Suspek disyaki menipu mangsa secara bersemuka dengan menujukkan pelbagai barang berkaitan adat istiadat dan kebesaran diraja dengan menggunakan gelaran Datuk secara palsu.
"Turut dirampas empat buah telefon bimbit, dua keping kad pengeluaran wang automatik (ATM), dua buah kenderaan, kad istana, cop rasmi istana, sijil pertubuhan, lambang adat dan istiadat serta kelengkapan pakaian istiadat dan kebesaran yang disyaki digunakan bagi tujuan kegiatan penipuan ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kedua-dua suspek telah direman empat hari bermula pada Rabu hingga 29 November depan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.