JIM siasat dakwaan pasport palsu lepasi pemeriksaan di KLIA

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia.Gambar kecil: Zakaria

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat dakwaan tular di media sosial TikTok berkaitan pasport palsu yang melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan dijalankan pihaknya daripada pelbagai sudut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini tiada laporan diterima JIM berhubung dakwaan terbabit.

"Kita sedang kenal pasti pemilik akaun TikTok terbabit dan juga tidak tolak kemungkinan akan memanggil anggota dipercayai petugas syarikat penerbangan berkenaan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Jelasnya, JIM memandang serius dakwaan terbabit yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Tambah Zakaria, JIM juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan isu terbabit untuk salurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

Iklan

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan pemeriksaan pasport sebuah negara yang dipercayai dijalankan anggota keselamatan syarikat penerbangan terhadap warga asing.

Berdasarkan rakaman video itu, setelah beberapa minit semakan dan pemeriksaan dilakukan, warga asing terbabit dipercayai telah dibenarkan menaiki pesawat.