Fahmi nafi PH biaya kempen RM8 juta burukkan Warisan di media sosial
Iklan
Fahmi Fadzil
KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan bahawa gabungan itu membiayai kempen media sosial bernilai RM8 juta bagi memburukkan Parti Warisan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil berkata, tuduhan berkenaan tidak berasas kerana PH tidak memiliki sumber kewangan seperti yang didakwa Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Iklan
Iklan
“Saya tidak tahu apa yang dia cakap. Bagi Pakatan Harapan, kami tidak ada dana seperti itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Media PRN Sabah di Penampang di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Mohd Shafie dilaporkan mendakwa pihak lawan menggunakan dana awam sebanyak RM8 juta untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan partinya melalui mesej berunsur perkauman, sekali gus menjejaskan fokus terhadap keperluan pembangunan Sabah.
Iklan
Mengulas perkembangan kempen semasa, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, turut menegaskan kebimbangan kerajaan terhadap kecenderungan pihak tertentu memainkan isu 3R (raja, agama dan kaum) melalui media sosial.
“Kita sangat risau dengan sebarang aktiviti berkempen berasaskan isu 3R. Ini tidak dibenarkan.
Iklan
“Berkempenlah dengan sihat dan gunakan hujah yang cerdik serta cerdas kerana kita tidak mahu tindakan yang boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan masyarakat,” ujarnya.
Menurut beliau, Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius semua aduan berkaitan isu 3R dan akan mengambil tindakan jika terdapat pelanggaran undang-undang.
Fahmi turut mendedahkan bahawa setakat ini, tiga kes penyebaran maklumat menyalahi undang-undang sepanjang tempoh PRN sedang diteliti MCMC.
Daripada jumlah itu, dua kes telah dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, manakala satu lagi masih dalam siasatan.
“Ketiga-tiga kes ini berkaitan sebaran sepanjang tempoh pilihan raya, tetapi saya tidak boleh memaklumkan isi kandungan atau perinciannya kerana masih dalam siasatan.
“Perkara ini juga mungkin bersifat umum dan tidak semestinya membabitkan mana-mana calon,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan bahawa kesiapsiagaan infrastruktur telekomunikasi menjelang hari pengundian berada pada tahap memuaskan.
Beliau berkata, 29 pusat mengundi dikenal pasti memerlukan pemasangan peranti Starlink tambahan bagi memastikan capaian rangkaian stabil untuk petugas pilihan raya.
“Usaha penambahbaikan ini akan siap menjelang 28 November. Kita juga dimaklumkan bahawa semua menara komunikasi berfungsi dengan baik tanpa masalah ‘blackout’.
“Jika berlaku gangguan, ia biasanya dipulihkan dalam tempoh tiga hingga empat jam,” jelasnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari mengundi, manakala undi awal berlangsung hari ini.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.