58 pusat mengundi ditutup, 92 peratus pengundi awal selesai tunai kewajipan - SPR

Iklan
Ketua tempat mengundi, Supian Basrih (kiri), mengunci peti undi selepas pusat pengundian awal ditutup tepat jam 5 petang di Blok Serbaguna 15 Batalion, 15 PGA Sandakan pada Selasa. Foto: Bernama

KOTA KINABALU - Kesemua 58 pusat mengundi awal di seluruh Sabah ditutup pada jam 5 petang selepas kira-kira 92 peratus atau 17,615 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing selesai membuang undi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) bermula pada jam 8 pagi dengan pembukaan pusat mengundi awal di seluruh negeri. 

Iklan
Iklan

"Seramai 8,347 anggota tentera serta pasangan dan 10,696 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing layak mengundi awal dalam PRN kali ini.

"Sejumlah 92.5 peratus atau 17,615 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta PGA dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya lagi, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan amat baik sepanjang proses tersebut.

"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya.

Iklan