PRN Sabah: Manifesto semua parti peka keperluan utama rakyat - Penganalisis

Iklan
Manifesto parti dan gabungan politik yang bertanding dalam PRN Ke-17 Sabah dilihat lebih peka terhadap keperluan utama rakyat di negeri ini. Gambar kecil: Tony Paridi

KOTA KINABALU - Manifesto parti dan gabungan politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah dilihat lebih peka terhadap keperluan utama rakyat di negeri ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sabah, Tony Paridi Bagang berkata, parti bertanding menawarkan janji yang menarik bagi mendapatkan sokongan pengundi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan penelitian, manifesto yang diketengahkan juga bersandarkan rintihan rakyat Sabah.

"Manifesto PRN yang dibentangkan oleh parti-parti yang bertanding menawarkan janji-janji yang menarik sebagai tawaran untuk menarik sokongan.

Iklan

"Ia memperlihatkan kepekaan mereka terhadap keperluan, tuntutan dan suara dari setiap lapisan rakyat Sabah.

"Selain itu ia merupakan strategi politik untuk menarik undi," katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, manifesto yang dibentangkan turut mencerminkan kesedaran parti-parti untuk terus fokus serta mendengar rintihan suara rakyat.

Terdahulu, semua parti dan gabungan parti bertanding telah membentangkan manifesto masing-masing.

Antaranya Barisan Nasional menawarkan enam teras utama, manakala Pakatan Harapan mengetengahkan lapan komitmen.