Suami isteri ditahan kes curi RM4.8 juta duit meter parking

Iklan
Seorang pekerja perbandaran Kempten di selatan Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling daripada meter letak kereta. Foto hiasan

MUNICH - Seorang pekerja perbandaran Kempten di selatan Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling daripada meter letak kereta, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Polis dan pendakwa raya pada Isnin memaklumkan, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap lelaki itu dan isterinya atas tuduhan mencuri serta bersubahat dalam 720 kes.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya kini ditahan.

Siasatan bermula selepas sebuah bank membuat laporan berkaitan aktiviti yang disyaki sebagai pengubahan wang haram.

Iklan

Pejabat Pendakwa Raya Kempten dimaklumkan mengenai wang tunai yang kerap dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank.

Pekerja berkenaan disyaki mengambil syiling daripada meter letak kereta berulang kali.

Iklan

Dia dipercayai memasukkan wang itu ke dalam akaun bank yang turut diakses isterinya.

Kerajaan bandar Kempten dianggarkan mengalami kerugian lebih €1 juta akibat perbuatan itu. - Foto dpa

Kerajaan bandar Kempten dianggarkan mengalami kerugian lebih €1 juta akibat perbuatan itu.

Datuk Bandar Kempten, Thomas Kiechle berkata, beliau 'terkejut dan dukacita' dengan dakwaan itu.

Para pegawai turut melakukan pemeriksaan di beberapa pejabat perbandaran pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan.

"Saya memberikan sokongan penuh kepada pejabat pendakwa raya dan pihak polis dalam penyiasatan rapi terhadap dakwaan itu,” kata datuk bandar itu.- Bernama-dpa