Calon GRS DUN Liawan nafi nepotisme - 'Saya tidak dapat laluan mudah'

Iklan
Annuar ketika turun padang bertemu dengan penduduk.

KENINGAU - Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub menolak dakwaan berlakunya amalan nepotisme dalam penglibatan politiknya susulan beliau yang turut dikaitkan sebagai antara legasi bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman, yang kini merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau menegaskan bahawa hubungan kekeluargaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduhnya mendapat laluan mudah dalam politik kerana perjalanan sebagai calon adalah berdasarkan kemampuan dan pendiriannya sendiri.

Iklan
Iklan

"Begini, kalau dari segi kekeluargaan, itu saya tidak menafikan, macam mana pun kita cakap, Tun Musa itu adalah bapa saudara saya.

"Tapi dari segi politik, kami mempunyai pendirian sendiri dan kalau dikatakan ini nepotisme atau sebagainya, saya bertanding pada tahun 2020 selepas menunggu empat pilihan raya. Sebelum itu, semasa bapa saudara saya, Tun Musa menjadi Ketua Menteri," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, baru-baru ini.

Iklan

Menurut Annuar, hakikat bahawa beliau tidak pernah dicalonkan ketika bapa saudaranya masih berkuasa adalah bukti jelas bahawa beliau tidak menerima kelebihan politik berdasarkan hubungan keluarga.

"Selama dia empat penggal jadi ketua menteri, saya tidak dicalonkan dan saya dicalonkan selepas mereka-mereka ini, pakcik-pakcik saya tidak sudah ada kuasa. Itu yang masa itu saya baru dapat jadi calon.

Iklan

"Jadi, seperti kata orang putih, 'we are our own man', kami berfikir sendiri dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain. Kami tahu diri kami sendiri," katanya.

Jelasnya, perjuangannya dalam arena politik berasaskan kerja lapangan dan keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan kerana pertalian keluarga dengan mana-mana pemimpin.

"Kami buat kerja, kami memilih untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi secara kebetulan, kalau mereka itu ada kait mengait dengan keluarga, itu macam mana pun, saya tidak boleh nafikan.

"Jadi itu pun biasanlah kalau pihak lawan ini, dia guna isu ini secara negatif. Tetapi tidak.. Kami bertanding pun di kawasan-kawasan yang lain, yang berbeza dan kita ada pendirian kita sendiri," katanya.

Annuar menegaskan setiap calon mempunyai prinsip dan falsafah politik masing-masing dan adalah tidak adil untuk membuat andaian berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata.

"Kita ada falsafah politik kita sendiri," katanya ringkas.