Anggota tentera, pasangan teruja pertama kali buang undi di Sabah

Iklan
Prebet Uwais (kiri) bersama rakannya, Prebet Muhammad Syazani selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, Putatan.

PUTATAN - Dua sahabat yang masing-masing berasal dari Melaka dan Kelantan selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, di sini, pada pagi Selasa.

Prebet Uwais Samsuri, 26, berkata, pengalaman mengundi kali ini jauh berbeza berbanding sebelumnya kerana buat pertama kali beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Sabah.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini saya pengundi awam, tetapi kali ini saya adalah pengundi awal sebagai anggota tentera yang berkhidmat di Kem Lok Kawi.

"Jadi suasana agak berbeza dan saya kira lebih privasi memandangkan lokasi terletak dalam kem,” katanya ketika ditemui pemberita.

Iklan

Menurut rakannya pula, Preber Muhammad Syazani Md Sapawi, 25, seawal jam 8 pagi, mereka sudah berada di pekarangan pusat pengundian dan segala proses berjalan lancar.

"Selesai saja proses pengundian, kami boleh sambung bertugas semula," katanya.

Iklan
Noorfaezah bersama suaminya, Koperal Mohd Haiqal Ashraf selesai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

Sementara itu, Noorfaezah Japar, 27, bersama suaminya, Koperal Mohd Haiqal Ashraf Aludin, 27, turut hadir di pusat pengundian berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

"Walaupun kami berasal dari sini, ini kali pertama saya dan suami mengundi di sini selepas berpindah dari Pahang pada tahun 2022.

"Hari ini kami datang seawal jam 9 pagi kerana mahu selesaikan awal sebab ada bawa bayi kami berusia enam bulan dan anak sulung berusia empat tahun.

"Tapi proses mengundi sekejap saja dan lebih mudah," katanya.