Anggota tentera, pasangan tunai tanggungjawab mengundi

Iklan
Suasana di Pusat Pengundian yang berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, Putatan.

PUTATAN - [DIKEMAS KINI] Seramai 3,097 anggota tentera bersama pasangan menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari pengundian awal yang berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, di sini pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, seawal jam 7 pagi anggota bersama pasangan masing-masing dilihat berada di pekarangan pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Iklan
Iklan

Lebih menarik kelihatan anggota yang hadir bersama anak-anak mengambil tanggungjawab menggendong anak masing-masing sementara menunggu proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi.

Sementara itu, Panglima 5 Divisyen, Datuk Noorrul Azril Ariffin bersama isteri, Datin Noriza Md Rashid antara yang dilihat pegawai terawal menunaikan tanggungjawab.

Iklan

Turut dilihat calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Shah Alfie Yahya tiba di kawasan pusat pengundian untuk meninjau proses pengundian berlangsung.

Terdapat sebanyak tujuh saluran disediakan untuk kesemua anggota dan isteri untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kali ini.

Iklan

DUN Tanjung Keramat menyaksikan pertembungan 11 penjuru pada PRN kali ini.