Bangunan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan terbakar

Iklan
Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu PUTIK di Kota Bharu terbakar pada pagi Selasa. Foto JBPM

KOTA BHARU - Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini terbakar pada pagi Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pagi.

Iklan
Iklan
Kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal beserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus. Foto: JBPM

"Jentera tiba di lokasi jam 5.40 pagi bersama lapan anggota termasuk pegawai.

"Kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal berserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, operasi pemadaman terkawal pada jam 5.49 pagi.

Ujarnya, pada jam 6.48 pagi operasi pemadaman tamat sepenuhnya.

Iklan