Manchester United titip doa buat mangsa banjir di Malaysia

Iklan
Hantaran Facebook kelab Manchester United pada Isnin

SHAH ALAM - Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United mencuri tumpuan khususnya peminat bola sepak di negara ini apabila menitipkan doa kepada rakyat Malaysia yang kini terjejas akibat banjir.

Lebih bermakna, pesanan yang dibuat di laman Facebook rasmi kelab yang mempunyai 85 juta pengikut itu menggunakan bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

"Kepada rakyat Malaysia, mohon kekal berwaspada pada musim hujan ini dan jaga diri elok-elok.

"Manchester United bersama rakyat Malaysia! Kepada yang terjejas dengan banjir, semoga anda menempuh cabaran dengan selamat," tulis kelab berkenaan.

Iklan

Jumlah mangsa banjir di lima negeri terjejas setakat 4 petang pada Isnin menunjukkan trend meningkat dengan 14, 370 orang ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Kelantan merekodkan angka tertinggi.

Peningkatan direkodkan di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah manakala mangsa di Terengganu menurun.

Iklan

Di Kelantan, mangsa banjir meningkat kepada 9,634 daripada 3,515 keluarga petang ini berbanding 8,248 orang direkodkan pagi tadi.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan 38 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat jajahan, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.