'Saya gagal lindungi darah daging sendiri' - Ibu bayi diliwat suami pengasuh

Iklan
Hasil bedah siasat mendapati, terdapat ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar anak itu. Foto hiasan

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Ibu kepada bayi lelaki berusia sembilan bulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, dia sekeluarga sering dihantui bayangan wajah anaknya yang meninggal dunia selepas diliwat suami kepada pengasuh, empat tahun lalu.

Ibu mangsa berkata, kehidupan mereka berubah sepenuhnya sejak berlakunya kejadian tragis itu kerana ia meninggalkan kesan emosi yang tidak mampu digambarkan.

Iklan
Iklan

Lebih menyayat hati katanya, hasil bedah siasat mendapati, terdapat ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar anak itu.

“Saya sebagai ibu berasa gagal melindungi darah daging sendiri sedangkan rumah yang dahulu penuh gelak tawa kini hanya tinggal kenangan yang menyakitkan.

Iklan

“Tangisan dan senyumannya telah diragut dengan cara yang paling menyakitkan.

“Kehilangan anak bukan sekadar suatu perasaan, tetapi luka yang tidak akan pernah sembuh,” katanya menerusi kenyataan impak yang dilampirkan kepada mahkamah.

Iklan

Tambahnya, rasa bersalah dan trauma menghantui keluarga setiap hari, sehingga menyebabkan dia sukar tidur malah terjaga kerana mimpi ngeri atas kejadian yang menimpa bayinya.

Dia yang juga bekas guru di sebuah sekolah agama berkata, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa anak kecil yang tidak berdosa, tetapi turut memusnahkan jiwa seluruh keluarganya sehingga mereka tidak lagi berani mempercayai orang lain untuk menjaga anak kecil.

“Saya akan terus hidup dengan kesakitan ini sepanjang hayat, tetapi saya berharap keputusan mahkamah dapat memberikan sedikit kelegaan sebagai tanda, keadilan akhirnya ditegakkan,” katanya.

Menurutnya, tiada hukuman yang mampu mengembalikan anaknya tetapi berharap tiada lagi ibu bapa lain perlu melalui penderitaan sama sepertinya.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, wanita itu berkata, dunia ini kejam buat anak syurganya.

“Tergamak kau buat anak aku yang baru berumur sembilan bulan, kau tidak layak dipanggil manusia, kau memang binatang!

“Kalau tengok hukuman yang dikenakan memang tidak setimpal dengan perbuatan yang dia buat, nak buat macam mana, sekarang tiada hukuman mati kecuali penjara dan sebatan.

“Aku sedikit lega kerana aku tahu Ida, kau akan baca (luahan) ini, aku tidak akan maafkan kau dengan Bad, kau kena ingat, karma itu pasti ada,” katanya.

Selepas empat tahun didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan, seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.

Bagi kes meliwat, lelaki itu dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan manakala 30 tahun, 12 sebatan bagi kes membunuh bayi malang itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi itu di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.