Isu pemilkan tanah berlarutan, pengundi Sook harap Arthur selesaikan

Iklan
Arthur (dua dari kanan) beramah mesra dengan pengundi semasa tinjauan mesra di Tamu Pekan Sook.

SOOK - Isu pemilikan geran tanah yang berlarutan hampir 40 tahun menjadikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook menaruh harapan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, yang bertanding kali pertama di peringkat DUN, agar isu tersebut dapat diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Una

Iklan
Iklan

Una Tanggano, 75, pengundi di kawasan itu berkata, beliau sudah lama mengikuti perkembangan pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat sebelum ini yang menjadi Ahli Parlimen Pensiangan selain turut dikenali sebagai anak kepada pemimpin sebelumnya iaitu Tan Sri Joseph Kurup.

"Saya dengar dia bagi jalan raya dan pembangunan. Tapi bagi kami, yang paling penting sekarang adalah tanah kami. Kami benar-benar berharap tanah kami dapat dikeluarkan geran dan isu ini dapat diselesaikan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Tamu Pekan Sook, di sini.

Iklan

 

Una, yang menetap di Kampung Namadan Limtuhun menambah, bahawa masalah tanah di kampungnya sudah berlarutan sejak tahun 1980-an dan banyak usaha telah dilakukan sebelum ini.

Iklan

"Memang ada masalah sebab belum ada geran, sudah banyak kali urus tapi tidak berhasil. Tapi selepas ini kalau sudah dapat, bagus. Kami harap isu ini dapat ditunaikan selepas PRN nanti," ujarnya lagi.

Sementara itu, Arthur yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama empat tahun dan sepanjang tempoh itu berusaha menyelesaikan beberapa masalah utama di kawasan Pensiangan.

"Sebagai contoh, isu-isu jalan raya ke Pensiangan sedang saya tangani, termasuk rancangan pembangunan belia dan jalan masuk ke Kampung Karamatoi. Selain itu, projek pembangunan pendidikan seperti janji pilihan raya saya untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit dan Pusat Tingkatan Enam SMK Nabawan kini sedang dilaksanakan," katanya.

Namun, kali ini beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi DUN Sook iaitu di bawah kawasan Parlimennya dengan tujuan utama untuk mendapatkan suara dan kuasa bagi menyelesaikan masalah yang berada di bawah bidang kuasa DUN.

"Antara masalah terbesar di kawasan kita adalah isu tanah, termasuk perwartaan kampung yang agak lambat dan isu hutan simpan yang menunggu lama untuk pengeluaran geran masing-masing. Masalah ini antara faktor yang melambatkan pembangunan ekonomi daerah kita.

"Kedua, isu bekalan air juga memerlukan urusan dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan kedua-dua isu ini, tanah dan air, telah menjadi kekangan untuk saya membantu memastikan kawasan kita dapat berkembang dengan potensi sepenuhnya.

"Itulah sebab saya merayu supaya pengundi di kawasan DUN Sook memberi saya peluang untuk berkhidmat di peringkat DUN supaya saya juga boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berada di bawah bidang kuasa DUN," ujarnya.