Kakitangan Jabatan Perhutanan, malim gunung nyaris maut

Iklan
Kenderaan milik Jabatan Perhutanan Peram hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter. Foto: JBPM Perak

TAPAH - Seramai 12 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan malim gunung cedera selepas lori dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter di Jalan Gunung Batu Putih-Hutan Lipur Kuala Woh, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an membawa 11 penumpang tersebut dalam perjalanan pulang selepas selesai memasang papan tanda di sekitar Gunung Batu Putih.

Iklan
Iklan

Kenderaan milik Jabatan Perhutanan Peram hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter. Foto: JBPM Perak

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika hujan lebat dan laluan menuruni bukit yang sempit serta licin menyebabkan tayar kiri lori dipercayai tergelincir ke bahu jalan.

Iklan

“Lori itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali lalu terjatuh ke dalam gaung. Semua mangsa berjaya keluar dengan bantuan orang awam dan anggota bomba yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan. Foto: JBPM Perak

Iklan

Menurut beliau, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johari turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada serta merancang perjalanan dengan baik, khususnya pada musim tengkujuh bagi mengelakkan risiko kemalangan.