Petronas nafi dakwaan jadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh

Iklan
Satu laman Facebook dinamakan sempena Liga Bolasepak Bangladesh semalam mendakwa Petronas menjadi penaja utama liga berkenaan. Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Petronas pada Isnin menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa syarikat itu adalah penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.

Kenyataan syarikat minyak dan gas negara itu memaklumkan bahawa Petronas tidak pernah memeterai sebarang perjanjian berkaitan penajaan bagi Liga Bola Sepak Bangladesh, atau membenarkan nama dan jenamanya digunakan.

Iklan
Iklan

Petronas turut memaklumkan bahawa ia memandang serius isu membabitkan integriti jenamanya, dan kekal fokus terhadap usaha penyampaian nilai kepada pihak berkepentingan serta komuniti di mana ia beroperasi.

Khabar angin mengenai Petronas yang dikatakan telah menjalinkan usaha sama dengan Liga Bola Sepak Bangladesh tular di media sosial sejak malam tadi susulan laporan beberapa portal sukan tempatan mengenai perkara itu.

Iklan
Iklan

Perkembangan itu secara tidak langsung mengundang perhatian pelbagai pihak, dengan segelintir daripadanya mempertikai keputusan Petronas yang tidak menaja liga domestik sebaliknya memilih untuk menjadi penaga bagi kejohanan di luar negara. - Bernama