Pelajar UMK Kampus Kota dipindahkan jika cuaca semakin buruk - UMK

Iklan
Kesemua pelajar UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu bersiap sedia untuk dipindahkan ke PPS Fakulti Veterinar. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Taman Bendahara di sini bersiap sedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Fakulti Veterinar yang terletak lima kilometer dari kampus sekiranya cuaca semakin buruk.

Naib Canselor UMK, Datuk Dr Arham Abdullah berkata, dua bilik gerakan telah diaktifkan dan pemantauan sentiasa dijalankan terhadap semua pelajar.

Iklan
Iklan

Keadaan banjir di UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Kota Bharu lebih teruk berbanding tahun lepas. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

“Ibu bapa tidak perlu risau, kami sentiasa memantau keadaan pelajar. Mereka yang ditempatkan di tingkat atas kolej telah diingatkan supaya tidak turun.

Iklan

"Kami telah menyediakan makanan dan minuman dari pagi, petang hingga malam,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke UMK Kampus Kota di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua pelajar baru sahaja pulang dari cuti semester pada Sabtu.

Iklan

Kesemua pelajar UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu bersiap sedia untuk dipindahkan ke PPS Fakulti Veterinar. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Ujarnya, keadaan banjir di UMK Kampus Kota kali ini lebih teruk berbanding tahun lalu disebabkan taburan hujan yang tinggi.

Arham turut memaklumkan bahawa UMK Jeli dan Bachok tidak terjejas akibat banjir.

“Pensyarah yang terlibat dengan banjir dibenarkan bekerja dari rumah,” katanya.