Media sahut cabaran Piala KP SPRM

Iklan
Pasukan Selangor A menjuarai futsal Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM.

PETUGAS media menyahut cabaran menerusi pertandingan Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam di sini pada Sabtu.

Pertandingan futsal dan bola jaring itu sekali gus menjadi medium untuk memperkukuh hubungan antara SPRM dan warga media.

Iklan
Iklan

Kedua-dua kategori yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) SPRM itu membabitkan penyertaan petugas media, khususnya dalam kalangan ahli Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, hubungan antara SPRM dengan media bukan sekadar dalam konteks urusan rasmi semata-mata, sebaliknya turut diperkukuh menerusi program riadah seperti ini.

Iklan

Pasukan Bee-One-Derful dari Bahagian Siasatan menjuarai kategori bola jaring Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Ini merupakan kali pertama media dijemput, khususnya dari kelab media wartawan jenayah, untuk menyertai acara anjuran KSR SPRM," katanya.

Iklan

Kejohanan yang melibatkan penyertaan 40 pasukan termasuk dari media itu dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad yang mewakili Azam.

Dalam kejohanan futsal, pasukan Selangor A menampilkan persembahan mantap untuk merangkul tempat pertama, diikuti pasukan Siasatan B selaku naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Siasatan A.

Bagi acara bola jaring, pasukan Bee-One-Derful (Siasatan) muncul juara kejohanan, diikuti R1TBallerz (BPRM) di tempat kedua dan Spy F1 (Perisikan) di tempat ketiga.

Pasukan media menyertai cabaran perlawanan futsal dan bola jaring Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden KSR SPRM, Mohd Fadzil Md Amin menyifatkan penyertaan media sebagai satu bentuk hubungan baharu antara KSR dan pihak media.

"KSR sentiasa membuka peluang untuk media terlibat dalam mana-mana aktiviti pada masa akan datang," katanya.