Ewon muat naik gambar pertemuan dengan Presiden PBS, STAR

Iklan
Ewon (kiri) memuat naik sekeping gambar bersama beberapa presiden parti tempatan Sabah di Facebook pada Sabtu.

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) memuat naik sekeping gambar bersama presiden parti tempatan melalui akaun rasmi Facebooknya pada Sabtu.

Dalam statusnya Datuk Ewon Benedick berkata, beliau bertemu dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Iklan
Iklan

"Bersama Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok, Tun Richard Malanjum, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dalam pertemuan pada 17 November 2025.

"Di sebalik persaingan, tetap ada wawasan ke arah penyatuan parti-parti tempatan, menubuhkan kerajaan Sabah oleh parti-parti tempatan," katanya.

Iklan

Ewon berkata, beliau juga berbangga mewakili generasi muda Sabah dan pimpinan UPKO dalam pertemuan terbabit.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan tiga parti berkenaan akan mengadakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.

Iklan