Tiga remaja diheret ke mahkamah, londeh seluar pelajar depan orang ramai
Iklan
Tiga remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Parit atas pertuduhan melakukan perbuatan menghina terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.
PARIT - Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Jumaat atas pertuduhan melakukan perbuatan menghina terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.
Kesemua tertuduh berusia 16 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Iklan
Iklan
Ketiga-tiga mereka bersama-sama didakwa melakukan perbuatan itu dengan menolak serta menanggalkan seluar mangsa di hadapan orang ramai.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dewan sebuah sekolah menengah di Parit dalam daerah Perak Tengah kira-kira jam 8.30 pagi pada 14 November 2025.
Iklan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib manakala tertuduh diwakili Peguam Nur Nadzrah Badarudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Iklan
Dalam rayuan, ketiga-tiga tertuduh merayu agar jaminan minimum diberikan atas alasan mereka masih bersekolah dan mengambil kira pendapatan keluarga masing-masing.
Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM500 seorang.
Tarikh 16 Disember depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>