Peru lanjutkan tempoh darurat

Iklan
Puluhan penunjuk perasaan mengadakan perarakan di pusat bandar Lima susulan krisis keselamatan ketika kerajaan baharu itu memasuki bulan pertama pentadbirannya. - Foto AFP

LIMA - Kerajaan Peru melanjutkan perintah darurat yang diisytiharkan pada Oktober lalu di ibu kota Lima dan wilayah Callao untuk tempoh tambahan 30 hari, menurut laporan media tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Langkah yang berkuat kuasa mulai 21 Nov itu bertujuan memperkukuh tindakan memerangi jenayah dan pelbagai bentuk keganasan yang menjejaskan ketenteraman awam, menurut agensi berita rasmi negara itu, El Peruano.

Iklan
Iklan

Polis Kebangsaan Peru akan terus kekalkan kawalan terhadap ketenteraman awam dengan sokongan Angkatan Tentera dan menetapkan kawasan operasi berdasarkan risikan dan instrumen teknikal lain bagi memerangi jenayah berimpak tinggi, menurut laporan El Peruano. - Bernama - Xinhua