redONE Mobile umum 38 pemenang cabutan Ohsem 11.11
Iklan
Cabutan Ohsem 11.11 secara siaran langsung di platform Facebook serta TikTok rasmi redONE Mobile dengan mengumumkan 38 pemenang bertuah dengan dua daripada merupakan pemenang tambahan.
REDONE Mobile meneruskan kemeriahan kempen Ganjaran Overload bernilai RM1 Juta dengan penganjuran Cabutan Ohsem 11.11, edisi kedua bagi siri cabutan bertuah eksklusif untuk pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, selepas kejayaan Cabutan Ohsem 18.8 lalu, acara kali ini tampil lebih meriah dengan tawaran hadiah jenama Apple bernilai lebih RM75,000.
Iklan
Iklan
“Pusingan kali ini, kami ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih eksklusif iaitu barisan gajet Apple terkini yang paling dinantikan di pasaran oleh orang ramai.
"Melihat keterujaan para penonton sepanjang siaran langsung membuktikan bahawa kempen Ganjaran Overload RM1 Juta benar-benar mendapat tempat di hati pengguna.
Iklan
"Kami berbesar hati dapat meraikan para pelanggan yang sentiasa menjadi nadi kepada kejayaan redONE selama ini," katanya.
Cabutan Ohsem 11.11 dilakukan secara siaran langsung di platform Facebook serta TikTok rasmi redONE Mobile dengan mengumumkan 36 pemenang bertuah.
Iklan
Sebagai kejutan Ameen turut mengumumkan dua pemenang tambahan yang masingmasing menerima iPhone 16 Pro terkini, menjadikan jumlah keseluruhan 38 pemenang termasuk Apple iPhone (12 Pemenang); Apple Watch (lapan pemenang); Airpods (12 pemenang); Apple HomePod Mini (empat pemenang) dan Apple iPhone 16 Pro (dua pemenang tambahan).
Malam tersebut turut dimeriahkan dengan dua lagi kejutan tambahan buat penonton yang mengikuti siaran langsung dengan mengumumkan pemberian lima helai jersi rasmi The Real Warriors FC daripada pelan postpaid baharu.
Bakal dilancarkan tidak lama lagi hasil kerjasama redONE Mobile dengan kelab bola sepak Kelantan, jersi eksklusif itu akan diberikan percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan tersebut.
Dalam pada itu Ameen berkata, selain itu enam penonton bertuah menerima kad Touch ‘n Go bernilai RM10 berserta RM50 kredit tambah nilai setiap satu manakala tiga lagi penonton bertuah menerima kad Touch ‘n Go bernilai RM300 sebagai ganjaran tambahan daripada redONE Mobile pada acara tersebut.
"Pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus boleh menyertai cabutan ini hanya dengan menebus tiket menggunakan 5,000 redCOIN yang dikumpul melalui aplikasi redONE Prepaid.
"redCOIN boleh dikumpul dengan membuat pembelian pelan internet 5G melalui aplikasi. Selain menikmati pelan Internet 5G berkelajuan tinggi, pelanggan turut berpeluang memenangi pelbagai ganjaran hebat sepanjang tahun seperti pelan internet 5G, baucar-baucar menarik dan lain-lain.
"Pek permulaan Prepaid 5G ULTRAplus berharga RM8 boleh didapati di semua kedai redONE Mobile dan juga di Shopee (redONE Mobile Official Store)," katanya.
Tambah beliau, hadiah cabutan akan menjadi lebih menarik dengan nilai yang lebih besar seiring dengan pertambahan bilangan pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus.
"Jadi dapatkan pek anda sekarang, mula kumpul redCOIN dan sertai cabutan untuk peluang memenangi ganjaran hebat," katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.