Langkah berani GRS calonkan 11 muka baharu bertanding PRN Sabah

Iklan
GRS mengambil langkah berani, matang dan luar kebiasaan ke arah mewujudkan iklim politik baharu di negeri itu apabila menampilkan 11 calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil langkah berani, matang dan luar kebiasaan ke arah mewujudkan iklim politik baharu di negeri itu apabila menampilkan 11 calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keputusan itu menunjukkan GRS membuka ruang luas dengan memberi kepercayaan kepada pemimpin pelapis untuk

Iklan
Iklan

Menurut beliau, tindakan tersebut jarang dilakukan parti politik kerana lazimnya calon berpengalaman lebih diberi keutamaan, namun GRS membuktikan mereka bersedia melakukan perubahan yang tidak terikat dengan kepentingan kelompok tertentu.

Ujarnya, langkah mengetengahkan generasi baharu turut membuktikan GRS tidak mengalami defisit pelapis, sebaliknya menunjukkan parti itu sentiasa bergerak seiring arus perubahan dan keperluan politik semasa.

Iklan

“Penyertaan calon baharu ini ialah perubahan pendekatan yang tidak terikat dengan kem atau pemimpin lama dalam parti. Ia menandakan model baharu politik Sabah, bukan lagi politik yang dikuasai kumpulan dominan sehingga menyekat peremajaan parti.

“Malah, ada parti lain cuba mencantas muka baharu demi kepentingan politik naungan, tetapi GRS lebih mengutamakan masa depan Sabah berbanding menjaga kepentingan pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mengulas risiko dan keberanian GRS meletakkan calon kali pertama di banyak kerusi, beliau berkata, langkah itu tepat pada waktunya memandangkan lebih 30 peratus pengundi PRN Sabah kali ini ialah belia yang mampu menjadi ‘king maker’.

Tambah beliau, GRS menunjukkan keberanian luar biasa menyedari arus perubahan selera pengundi muda yang mahukan idea baharu, tenaga segar serta wajah politik lebih inklusif.

“Mesej jelas yang dihantar GRS ialah mereka bukan gabungan parti yang jumud atau ortodoks. GRS amat menghargai perubahan, tenaga baharu dan muka baharu agar parti kekal relevan serta berdaya saing,” ujarnya.

Mohammad Tawfik turut menegaskan, landskap politik Sabah sendiri sudah berubah, tidak lagi terikat dengan permusuhan atau politik konservatif sempit, sebaliknya bergerak ke arah amalan politik matang dan terbuka.

Ujarnya, PRN Sabah kali ini berpotensi menjadi model politik tempatan yang lebih stabil, progresif dan berpaksikan masa depan dengan GRS berada di barisan hadapan perubahan tersebut.

INFOGRAFIK