PDRM longgarkan syarat lantikan bagi bukan bumiputera - Shamsul Anuar
Iklan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjawab soalan ketika Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR -  Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran terhadap beberapa syarat lantikan dalam proses pengambilan bukan Bumiputera termasuk kriteria fizikal dan akademik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan membuka lebih banyak ruang penyertaan kepada bukan Bumiputera sekali gus memastikan komposisi anggota PDRM merangkumi pelbagai masyarakat di Malaysia.
Iklan
Iklan
"Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera... malah pengambilan dibuat berdasarkan merit dan kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta lulus proses tapisan keselamatan.
"Langkah ini bertujuan memberi maklumat dan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme dan integriti pasukan… kerajaan khususnya PDRM sentiasa menggalakkan lebih ramai bukan Bumiputera menyertai pasukan keselamatan agar komposisi keanggotaan mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia,” katanya.
Iklan
Shamsul Anuar menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) mengenai jumlah individu baharu diserap ke dalam badan penguat kuasa negara dan peratusan bukan Bumiputera dalam PDRM pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, setakat 31 Ogos lepas, jumlah keseluruhan pengisian jawatan dalam PDRM ialah 136,503 orang termasuk 7,581 anggota beruniform dan pegawai awam dalam kalangan bukan Bumiputera iaitu bersamaan 5.55 peratus daripada keseluruhan pasukan.
Iklan
Shamsul Anuar juga berkata, proses pengambilan dan kenaikan pangkat dalam PDRM bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum dan agama, dengan mekanisme telus yang merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ujian psikometrik serta tapisan keselamatan selain rekod disiplin yang ketat.
Beliau turut memaklumkan data terkini pengambilan bukan Bumiputera di beberapa agensi beruniform lain sejak 2023, antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (553 daripada 10,914 jawatan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (103 daripada 4,913 jawatan) dan Jabatan Penjara Malaysia (440 daripada 16,153 jawatan). - Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>