Pulau Pinang miliki sumber nadir bumi bernilai RM87.3 bilion

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang berpotensi  sebagai hab ekonomi baharu dengan penemuan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dianggarkan bernilai USD21 bilion (RM87.3 bilion) di beberapa kawasan bukit di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, hasil tinjauan awal yang dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menunjukkan sumber NR-REE ditemui di Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam dan Bukit Panchor.

Iklan
Iklan

"Jumlah sumber teragak (inferred resource) dianggarkan sekitar 1.7 juta tan metrik namun angka sebenar akan ditentukan melalui kajian terperinci pada masa hadapan," katanya.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, kerajaan negeri sedang giat menyediakan Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Pulau Pinang sebagai rangka kawal selia penting sebelum sebarang aktiviti penerokaan atau pembangunan dijalankan.

"Pihak berkuasa juga terbuka menerima cadangan daripada pelabur tempatan dan antarabangsa untuk meneroka potensi NR-REE di negeri ini dengan setiap cadangan akan dinilai secara profesional oleh jabatan teknikal berkaitan.

Iklan

"Kerajaan negeri menekankan bahawa pengurusan sumber NR-REE ini dijangka menjadi pemacu ekonomi baharu, selaras dengan strategi untuk mempelbagaikan asas hasil dan memastikan model pendapatan yang lebih mampan bagi jangka panjang," ujarnya.