Polis siasat fitnah imam masjid dalam video tak senonoh
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung Masjid Qaryah Paroi Jaya nafi imam terlibat dalam video tidak senonoh. Gambar kecil (Azahar )
SEREMBAN – Polis menerima satu laporan berhubung penyebaran video yang memaparkan dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta, yang dikaitkan dengan seorang imam masjid di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pengadu memaklumkan bahawa dakwaan mengatakan lelaki dalam video itu adalah imam sebuah masjid di Paroi merupakan satu fitnah.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, katanya, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Jawatankuasa Masjid Qaryah Paroi Jaya menafikan pembabitan imam masjid berkenaan dalam video terbabit.
Iklan
Video berdurasi 42 saat itu memaparkan perakam mengetuk cermin sebuah kereta yang di dalamnya terdapat dua lelaki dipercayai sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.
Pada video tersebut turut tertera keterangan berbunyi: “Seorang lelaki dipercayai Imam Masjid Paroi Jaya N9. Tengok video apa yang dia buat... Laporan polis dibuat oleh Jabatan Agama Islam.”
Iklan
Mengulas lanjut, Azahar berkata, pihaknya masih mengenal pasti lokasi sebenar kejadian, sama ada berlaku di daerah ini atau sebaliknya.
Tambah beliau, sekiranya kejadian itu berlaku di daerah ini, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan melanggar kesopanan atau kelucahan melampau.
“Kami juga sedang mengenal pasti pemilik kereta berdasarkan nombor pendaftaran yang tertera dalam video berkenaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>