Lelaki maut ditembak, tetak ada 42 rekod jenayah

Iklan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki yang mati dibunuh dalam kejadian di Sendayan malam Rabu disahkan mempunyai 42 rekod jenayah.

SEREMBAN - Lelaki yang mati dibunuh dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini malam Rabu disahkan mempunyai 42 rekod jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesalahan dilakukan termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 33 tahun itu telah datang ke sebuah restoran berhampiran lokasi bersama keluarga untuk makan malam.

"Ketika mangsa sedang menuju ke kenderaan, beberapa buah kereta yang dinaiki enam suspek yang berpelitup muka telah menghalang kereta mangsa.

Iklan

"Suspek yang disyaki bersenjatakan pistol dan parang telah keluar dan menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejarnya dan melepaskan tembakan, diikuti serangan menggunakan parang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.

Iklan

Tambahnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar.

"Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa didapati, terdapat kesan tetakan dan tembakan.

"Pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai penyiasat, unit forensik dan unit anjing pengesan polis telah pergi ke tempat kejadian bagi mendapatkan bukti fizikal dan bahan berkaitan kes sejurus mendapat maklumat kejadian," katanya.

Alzafny berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Tambahnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

"Motif kejadian dan identiti kesemua suspek juga masih dalam siasatan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-603222," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi pada jam 11.23 malam.