KUALA LUMPUR – Lebih 800 tempahan kenderaan diterima sepanjang tiga hari acara EON Year-End Car-Nival yang berlangsung di semua cawangan EON serta lokasi jelajah promosi terpilih di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial berkata, pihaknya berbesar hati dengan sambutan luar biasa tersebut yang dianggap sebagai kejayaan besar acara tahunan itu.
“Kami sangat gembira dengan sambutan luar biasa ini. Lebih 800 tempahan diterima, ini menunjukkan keyakinan dan kesetiaan tinggi para pelanggan terhadap kami.
"EON Year-End Car-Nival bukan sekadar acara promosi. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada pelanggan dan perjalanan mobiliti yang kami kongsi bersama,” katanya dalam satu kenyataan.
Acara berlangsung dari 14 hingga 16 November itu menampilkan rangkaian menarik sedan bergaya, SUV lasak dan kenderaan elektrik (EV) berteknologi tinggi daripada jenama seperti Proton, Mitsubishi, smart, Audi, Volkswagen serta Proton e.MAS.
Ia berjaya menarik ratusan pengunjung untuk melihat dan mencuba model-model terbaharu.
Pelbagai hadiah menarik serta ganjaran pandu uji ditawarkan kepada pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran acara dan EON turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif dan cabutan bertuah harian di cawangan terpilih.
Akkbar menambah, pelanggan berpeluang menikmati rebat sehingga RM40,000 bagi model terpilih sepanjang tempoh promosi, selain peluang memenangi RM100,000 kredit pembelian kereta baharu menerusi peraduan eksklusif bagi pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftar kenderaan sebelum 30 November 2025.
“EON Berhad terus memperkukuh komitmen dalam menyediakan pengalaman automotif bertaraf tinggi dengan lebih banyak kempen menarik yang bakal menyusul, termasuk peluang untuk menikmati penjimatan hebat melalui Jualan Dalam Talian 12.12 yang kini berlangsung secara eksklusif di laman sesawang rasmi EON.
“Para pembeli boleh menikmati promosi istimewa dalam talian termasuk baucar sewaan kereta serta peluang memenangi lanjutan waranti apabila membuat tempahan di laman web www.eon.com.my,” katanya.