Polis siasat kenderaan halang ambulans di lorong kecemasan

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan beberapa kenderaan didakwa menghalang laluan sebuah ambulans di lorong kecemasan Lebuhraya Utara- Selatan, arah utara dekat Pagoh.

MUAR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan beberapa kenderaan didakwa menghalang laluan sebuah ambulans di lorong kecemasan Lebuhraya Utara- Selatan, arah utara dekat Pagoh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tindakan diambil selepas video berdurasai 48 saat itu di TikTok pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Video berkenaan menunjukkan sebuah Perodua Axia berwarna biru gelap, sebuah Toyota Hiace hitam putih serta beberapa kenderaan lain bergerak di lorong kecemasan sehingga menghalang pergerakan ambulans yang sedang dalam tugas kecemasan.

"Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.16 petang, pada Isnin, ketika trafik sesak hampir lima kilometer akibat kemalangan melibatkan lori tangki di KM141.3," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Menurutnya, tindakan memasuki lorong kecemasan tanpa sebab munasabah dan menghalang pergerakan ambulans adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan operasi menyelamat serta membahayakan nyawa.

“Kes disiasat di bawah Rusle 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis.

Iklan

"Jika disabitkan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan semua pengguna jalan raya perlu mematuhi undang-undang, menghormati lorong kecemasan dan memberikan keutamaan mutlak kepada kenderaan kecemasan.

“Kesedaran dan disiplin memandu bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi penting bagi keselamatan masyarakat,” katanya.