LKIM tidak benar jeti pendaratan dimonopoli pihak tertentu - Mat Sabu

Iklan
MOHAMAD SABU

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak membenarkan mana-mana pihak untuk memonopoli sebarang kemudahan jeti pendaratan seperti memberi sewa kepada pihak swasta dan sebagainya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha ini bagi bagi memastikan kepenggunaan jeti pendaratan ikan lembaga berkenaan dapat dinikmati oleh semua nelayan setempat secara saksama.

Iklan
Iklan

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui LKIM berperanan menyedia dan mengurus infrastruktur pendaratan ikan bagi menyokong industri perikanan negara dengan membina dan menyelenggara jeti, pelabuhan perikanan dan kompleks pendaratan ikan.

“Mekanisme pemantauan sedia ada melibatkan kerjasama antara LKIM Negeri, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan berhubung penguasaan atau amalan yang menekan perusahaan kecil.

Iklan

“Buat masa ini, mekanisme pemantauan sedia ada dilihat sebagai langkah yang lebih praktikal dan cepat untuk dilaksanakan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang memintannya menyatakan langkah diambil KPKM bagi memastikan jeti LKIM diurus tadbir secara telus dan inklusif supaya ia tidak dimonopoli pihak tertentu, sekali gus dapat dimanfaatkan secara adil oleh nelayan kecil serta perusahaan tempatan.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebanyak 48 buah kompleks atau labuhan perikanan di seluruh negara termasuk empat buah kompleks di Negeri Johor bagi menyediakan kemudahan kepada nelayan untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka.

Ujarnya, pengurusan dan pengoperasian kompleks serta labuhan ini adalah berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) tahun 2010, yang turut menetapkan kadar caj yang dikenakan.

“Penyewaan lot-lot premis dan penggunaan kemudahan di kompleks atau labuhan ini juga terbuka kepada pelabur dan pemain industri perikanan tempatan,” katanya.