Polis kenal pasti beberapa individu terlibat sindiket dadah di Kelantan

Iklan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat semasa merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Rabu.

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua individu terlibat dalam pemerhatian pihaknya untuk diambil tindakan.

Iklan
Iklan

"Di Kelantan ada sindiket sahaja tidak melibatkan kartel dadah. Kartel dia besar melibatkan luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan latar belakang individu yang dikenal pasti terlibat dengan sindiket berkenaan.

Iklan

Ujarnya, kebanyakan sindiket ini sudah lama bergiat aktif mengedarkan bahan terlarang itu.

Mohd Yusoff memberitahu, hasil tangkapan melibatkan sindiket yang dilakukan mendapati ia terputus kerana individu terlibat tidak mengenali mereka berada di lapisan atas.

Iklan

"Hal ini kerana ada yang hanya mengambil upah sebagai penghantar. Bila soal siasat dilakukan, kita sukar mendapat maklumat sebab mempunyai banyak lapisan.

"Bagaimanapun kita sentiasa melakukan pemantauan ke atas mereka yang mempunyai perniagaan besar dan pelik serta mempunyai kemewahan melampau," katanya.

Dalam perkembangan lain, Menurut Mohd Yusoff jumlah rampasan dadah turut menurun sebanyak 56 peratus melibatkan nilai RM28.6 juta berbanding RM64.83 untuk tempoh yang sama pada tahun lalu bermula Januari hingga Oktober.

"Kelantan berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam jumlah kes dan tangkapan satu bukti kecekapan JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) sebagai benteng hadapan Jihad Dadah," ujarnya