Saksi kes gaduh di Kemayan Square dicari
Iklan
Munisvaran dicari pihak berkuasa untuk bantu siasatan.
SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli belah di Kemayan Square di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, saksi yang masih bebas dikenali sebagai S Munisvaran, 36, beralamat terakhir di Jalan Mutiara Galla 7, Seremban.
Iklan
Iklan
"Polis bagaimanapun berjaya menahan tiga lelaki lingkungan 21 tahun hingga 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian pada hari sama.
"Kesemua yang ditahan masih dalam tahanan reman sejak Sabtu lalu hingga hari ini (semalam),” katanya, semalam.
Iklan
Berdasarkan siasatan, punca kejadian lebih kurang jam 10.15 malam itu adalah kerana selisih faham bermula daripada sebuah kedai permainan di dalam pusat beli belah tersebut.
"Saksi yang masih bebas telah dikenalpasti sepertimana dinyatakan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Najeeb Mohammed Shukri di talian 06-6033284 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian hotline 06-6014999.
Iklan
"Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak perlu viralkan kes ini, sebaliknya tampil bantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>