Pemegang tiket Piala Dunia 2026 diberi keutamaan janji temu visa AS

Iklan
Trump dan Marco Rubio mendengar penerangan daripada Gianni Infantino (dua dari kanan) di Pejabat Oval, Rumah Putih di Washington. Foto AFP

WASHINGTON - Pemegang tiket Piala Dunia 2026 bakal menerima keutamaan ketika menjadualkan janji temu bagi permohonan visa ke Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan skim digelar 'FIFA Pass' di Rumah Putih selepas mesyuarat pasukan petugas Piala Dunia.

Iklan
Iklan

"Jika anda memiliki tiket Piala Dunia, anda akan layak mendapat janji temu visa yang diberi keutamaan,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berdiri di sisi Trump di Rumah Putih.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio turut menasihatkan peminat bola sepak untuk membuat permohonan awal.

Iklan

"Nasihat kami, jika anda memiliki tiket ke mana-mana perlawanan, mohonlah visa secepat mungkin. Jangan tunggu hingga saat akhir,” katanya.

"Tiket anda bukan visa. Ia tidak menjamin kemasukan ke AS. Ia hanya memberi anda temu janji yang dipercepatkan,” jelas Rubio.

Iklan

Beliau berkata bahawa proses saringan visa kekal sama.

"Satu-satunya perbezaan ialah kami mengutamakan permohonan mereka terlebih dahulu dalam senarai menunggu,” katanya. - Bernama-dpa