Pak ‘guard’ baru 11 hari bekerja didakwa amang seksual pelajar lelaki
Iklan
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki minggu lalu.
MELAKA - Seorang pesara tentera yang baru 11 hari bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki minggu lalu.
Tertuduh, Ibrahim Dini, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, kejadian tersebut didakwa berlaku pada Selasa lalu, jam 1.23 tengah hari ketika berada di dalam tandas lelaki sekolah berkenaan dalam daerah Melaka Tengah.
Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dua bulan bagi tujuan seksual.
Iklan
Perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 ke atas bapa kepada enam anak itu.
Iklan
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Muhammad Arifin Abdul Wahab, memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya tidak berkemampuan dan bakal kehilangan pekerjaan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan susulan pertuduhan yang dihadapi.
"Ketika ini, tertuduh hanya bergantung kepada pencen kira-kira RM900 sebulan.
“Tertuduh memberi jaminan akan hadir pada setiap tarikh sebutan atau perbicaraan dan tiada bantahan terhadap syarat tambahan yang mahu dikenakan,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Januari depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>