Malaysia intai kerjasama dengan India, Iran dalam bidang telekomunikasi

Iklan
Fadzil bersama Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza (kiri) dan Ahmad Norhad (kanan) ketika hadir pada mesyuarat ketua-ketua Delegasi dan Pembukaan Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 di Pusat Konvensyen Baku. Foto Bernama

BAKU (Azerbaijan) - Malaysia sedang meneliti peluang kerjasama dengan India dan Iran dalam bidang telekomunikasi, khususnya berkaitan keselamatan dalam talian, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari India, Dr Chandra Sekhar Pemmasani dan dari Iran Sattar Hashemi, di luar Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Saya lihat rakan-rakan sejawat (dari India dan Iran) dengan pengalaman isu-isu telekomunikasi di negara masing-masing, ada beberapa peluang yang saya nampak boleh kita cuba untuk usahakan bagi (kerjasama dengan) kedua-dua negara.

"Ini terutamanya pengalaman mereka mengatasi masalah scam, masalah keselamatan dalam talian dan juga beberapa aplikasi telekomunikasi yang dapat membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan.

Iklan

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, dan Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi Kementerian Komunikasi, Ahmad Norhad Zahari.

Menurut Fahmi, hubungan baik Malaysia dengan India dan Iran akan dimanfaatkan untuk pembangunan sektor telekomunikasi, sejajar dengan aspirasi negara untuk memperkukuh infrastruktur digital dan keselamatan dalam talian.

Iklan

Beliau berkata, satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Iran dalam bidang telekomunikasi sedang dirangka dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"(MoU) itu sekarang dalam proses penelitian kementerian dan saya percaya dalam masa yang tak terlalu lama, kita bersedia untuk menandatangani satu MoU bersama Iran.

"Kita ada satu (MoU) dengan India pada waktu ini, dan saya percaya agak menarik untuk kita cuba faham keadaan yang unik yang dihadapi oleh negara seperti Iran," katanya.

Selain peluang kerjasama, beliau turut menyampaikan kepada kedua-dua rakan sejawatnya berkenaan hasrat Malaysia mempertahankan kerusi Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam pemilihan yang akan berlangsung pada November 2026.

"Pengalaman Malaysia dalam Majlis ITU telah memberikan kita peluang untuk bukan hanya bersuara dalam perkara-perkara tertentu melibatkan isu standard, isu piawaian, telekomunikasi, 5G dan sebagainya, tapi juga menyatakan dan menyampaikan pengalaman kita menguruskan isu-isu seperti capaian Internet di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil, melalui program seperti program Jalinan Digital Negara (JENDELA)," katanya. - Bernama