Isu 40 peratus hasil Sabah: Perkataan rayuan tidak sesuai digunakan - Peguam

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung isu 40 peratus hasil Sabah.

SHAH ALAM - Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu 40 peratus hasil Sabah sebagai mengelirukan.

Ini kerana beliau berkata, rayuan hanya boleh difailkan terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah.

Iklan
Iklan

Jelas Mohamed Haniff Khatri, prosedur yang betul dari segi perundangan adalah permohonan membatalkan (expungement) bahagian alasan penghakiman yang dirasakan tidak wajar oleh kerajaan.

“Ada prinsip undang-undang dalam kes Fawziah Holdings Sdn Bhd vs Metramac Corporation Sdn Bhd yang mana alasan penghakiman telah menyentuh individu tidak berkaitan.

Iklan

“Kedua-dua pihak tersebut telah membuat permohonan untuk mencelah dan memohon agar bahagian atau perenggan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menyentuh kepada mereka dipadam.

“Begitu juga dalam kes (Sabah) ini, perkataan merayu tidak sesuai digunakan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu memberikan nasihat yang betul untuk membezakan dua perkara tersebut dengan lebih jelas dari sudut perundangan.