Tiada minuman beralkohol, hanya minuman ringan berkarbonat- KPKT

Iklan
KPKT menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hidang minuman beralkohol pada semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT seperti yang tular di Facebook. Gambar hiasan

SHAH ALAM- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan bahawa minuman yang dihidangkan dalam majlisnya pada 8 November lalu merupakan 'cucumber apple slider' dan tidak mengandungi alkohol.

Kemeterian itu dalam kenyataannya menafikan dakwaan tular di Facebook itu yang cuba memberikan persepsi negatif berhubung penggunaan gelas berkaki bagi minuman tersebut semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT.

Iklan
Iklan

"Minuman 'cucumber apple slider' yang disajikan kepada para tetamu merupakan minuman ringan berkarbonat dan tidak mengandungi sebarang alkohol.

"Penyediaannya dalam gelas berkaki adalah selaras dengan standard katering yang lazim digunakan untuk majlis berprotokol," katanya.

Iklan

Ujar kenyataan itu lagi, KPKT memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat dan mengelirukan yang boleh menjejaskan imej kementerian serta reputasi para tetamu.

"Sehubungan itu KPKT telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan tohmahan yang ditularkan untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada kementerian terlebih dahulu dan tidak membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa.

"KPKT kekal komited untuk memastikan setiap penganjuran majlis mematuhi garis panduan, nilai integriti dan sensitiviti masyarakat," katanya.