Peraduan mewarna sempena HARA 2025 masih dibuka, sasar 100 penyertaan

Iklan
Antara piala yang akan dimenangi dalam Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Pra Sekolah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025.

SHAH ALAM - Penyertaan bagi Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Pra Sekolah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025 masih lagi dibuka.

Presiden Rasuah Busters Negeri Johor, Azmi C Mohd berkata, setakat ini pihaknya telah menerima hampir 50 penyertaan baharu dan sambutan yang semakin menggalakkan itu mencerminkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membina generasi yang berintegriti sejak kecil.

Iklan
Iklan

"Kami menggalakkan ibu bapa untuk merebut peluang ini dengan menghantar anak-anak menyertai peraduan ini. Melalui aktiviti yang santai dan kreatif seperti mewarna, nilai integriti dapat disemai dalam diri anak-anak sejak usia muda.

"Ini juga sebagai tanda sokongan kita semua terhadap usaha memerangi budaya rasuah, selaras dengan sambutan HARA yang diraikan setiap tahun pada 9 Disember," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Tambah Azmi, untuk tahun ini, pihaknya menyasarkan 100 penyertaan daripada seluruh negeri Johor.

"Sokongan masyarakat amat penting agar mesej integriti dapat diperkasakan di peringkat akar umbi," ujarnya.

Iklan

Jelasnya, pertandingan ini merupakan anjuran Rasuah Busters Negeri Johor dengan kerjasama Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (Johor) dan MCCF.

"Pertandingan akan diadakan pada 13 Disember depan bermula jam 9.30 pagi bertempat di ruang legar Tingkat 1, Kompleks Pengangkutan Awam Bandar Kluang," tambahnya.