Amaran hujan berterusan, tahap waspada di 6 negeri hingga Jumaat - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku pada Rabu hingga Jumaat ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku pada Rabu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Iklan
Iklan

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. - Bernama