Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun ini
Iklan
Aminuddin (duduk dua dari kiri) pada sidang akhbar di Wisma Negeri semalam.
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.
"Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini semalam.
Iklan
Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat mengambil perhatian mengenai keputusan itu.
Aminuddin berkata, kerajaan perlu mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kerajaan China di Wuhan yang terus melarang pergerakan rakyatnya secara terbuka meskipun dalam tempoh beberapa hari ini tiada kes baharu direkodkan.
Iklan
Bagaimanapun katanya, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).
"Peniaga perlu lebih kreatif, mahu berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan itu kita tidak benarkan kerana tidak mahu ambil risiko.
"Saya harap masyarakat semua dapat bersabar dan kerajaan negeri akan berusaha membantu bagi meringankan beban terutama keluarga memerlukan,” kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>