‘Kalau nak keluar, jangan lupa beritahu’ - Akmal Saleh respons sinis keputusan MIC tangguh keluar BN

Iklan
Dr Muhamad Akmal

SHAH ALAM – Pendirian Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 menangguhkan keputusan sama ada parti itu keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN) mendapat reaksi sinis daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dr Muhamad Akmal berkata, keputusan penangguhan itu membolehkan MIC untuk terus bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Beliau dengan nada sinis turut mengingatkan supaya MIC membuat pengumuman sekiranya parti itu memutuskan untuk keluar daripada BN.

“Ok sudah tangguh. Kita terus bersama dalam BN dan kekal di blok kerajaan.

Iklan

“Kalau hendak keluar lagi, jangan lupa beritahu ya. Terima kasih MIC,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan membentangkan tiga usul termasuk cadangan untuk meninggalkan BN dan membuat permohonan menyertai gabungan pembangkang.

Iklan

Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 pada Ahad memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan kekal dalam BN atau keluar daripada gabungan tersebut.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).